Kepuasan terpancardari raut wajah Ayahanda ketika sedang memetik buah katak puru.

Buah Katak Puru,rezeki yg melimpah....

Siapa kenal nama pokok ini?Tentu ramai yang tidak mengenalinya.. Pokok ini dinamakan pokok katak puru oleh kebanyakan penduduk di negeri pantai timur....

DNA Babi

Isu DNA Babi : Tindakan tegas perlu...

Isu DNA Babi dalam makanan masih lagi berlarutan sampai kini. Semacam tidak diambil endah oleh pengeluar makanan tersebut. Kes terbaru adalah yang...

DSC06369

Semoga Dirimu Sehebat Putri Rasulul...

  Fatimah Az-Zahra : Si kecil yang berjiwa besar..Buah hati pengarang jantung buat kami. Penghibur abah, ummi dan kakak aisyah...Riuh jadi...

Kek

Kek Penyatuan dua hati…

  25 Ogos 2007 : Kek kawin bersimbolik 'Penyatuan Dua Hati' ..Cheewaaah.Very simple tapi memberikan makna yang cukup mendalam...tanda ikat...

BICARA KELUARGA

Kepuasan terpancardari raut wajah Ayahanda ketika sedang memetik buah katak puru.

Buah Katak Puru,rezeki yg melimpah..

Siapa kenal nama pokok ini?Tentu ramai yang tidak mengenalinya.. Pokok ini dinamakan pokok katak puru oleh kebanyakan penduduk di negeri pan...

BICARA ILMU

su_06.1

NO 5

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap kemenangan 3-2 ke atas Hull City pada aksi final Piala FA kelmarin dapat menjadi titik...

BICARA NOSTALGIA

Kek

Kek Penyatuan dua hati…

  25 Ogos 2007 : Kek kawin bersimbolik 'Penyatuan Dua Hati' ..Cheewaaah.Very simple tapi memberikan makna yang cukup mendalam......

BICARA UMUM

DNA Babi

Isu DNA Babi : Tindakan tegas perlu diambil

Isu DNA Babi dalam makanan masih lagi berlarutan sampai kini. Semacam tidak diambil endah oleh pengeluar makanan tersebut. Kes terbaru a...

  • su_01.1
    NO 1

    TIDAK sampai 48 jam, kemalangan maut sekali lagi berlaku...

Buah Katak Puru,rezeki yg melimpah..

IMG-20140513-WA0009Siapa kenal nama pokok ini?Tentu ramai yang tidak mengenalinya.. Pokok ini dinamakan pokok katak puru oleh kebanyakan penduduk di negeri pantai timur. Pokok katak puru akan menghasilkan buah yang cukup lebat seperti yang dilihat pada batangnya. Buah katak puru sebenarnya  menyimpan 1001 khasiat terhadap penggemarnya.

Kepuasan terpancardari raut wajah Ayahanda ketika sedang memetik buah katak puru.

Kepuasan terpancar dari raut wajah Ayahanda ketika memetik buah katak puru.

 

Mak memetik buah untuk anak cucu tersayang.

Mak memetik buah untuk anak cucu tersayang.

Kepelbagaian khasiatnya membuatkan ayah dan mak tercinta menanam poko ini sebagai salah satu tanaman hiasan laman rumah.

Isu DNA Babi : Tindakan tegas perlu diambil

DNA Babi

Isu DNA Babi dalam makanan masih lagi berlarutan sampai kini. Semacam tidak diambil endah oleh pengeluar makanan tersebut. Kes terbaru adalah yang melibatkan pihak Cadbury di mana dua produk telah disahkan mengandungi DNA  Babi. Apakah pihak Cadbury tidak mengetahui atau buat-buat tak tahu mengenai perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan muslim. Seharusnya tiada maaf bagimu..

Semoga Dirimu Sehebat Putri Rasulullah, Fatimah Az Zahra….

DSC06369

 

Fatimah Az-Zahra : Si kecil yang berjiwa besar..Buah hati pengarang jantung buat kami. Penghibur abah, ummi dan kakak aisyah…Riuh jadinya suasana rumah..Asyik nak kacau je..Nak bermanja. Tapi karenah dan keletahnya la yang buatkan semua orang merinduinya…Xsabar nak tunggu abis waktu keje..Nak bermanja dengan si comel ni..sekarang ni pun, dah mula minat nak baca buku…Bagus dik…

Suka baca buku ye dik!

Suka baca buku ye dik!

Mungkin sifat suke membaca tu diwarisi dari kami..alhamdulillah…jgn sampai koyakkan buku tu sudah dik. Apapun, didoakan semoga si kecil ini memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul dan hebat sebagaimana putri Rasulullah S.A.W, Fatimah Az-Zahra. Amiin.

Kek Penyatuan dua hati…

Kek

 

25 Ogos 2007 : Kek kawin bersimbolik ‘Penyatuan Dua Hati’ ..Cheewaaah.Very simple tapi memberikan makna yang cukup mendalam…tanda ikatan kasih sayang kitorang sbg suami isteri terpatri kukuh sebagaimana yang disimbolikkan menerusi kek yang serba hijauni..hehehe!

 

Raja Sehari...

Raja Sehari dah datang…

Raja Sehari sedang berarak menuju ke pelamin indah…diketuai oleh ayahanda tercinta dan diringi kaum keluarga sanak sedara..My besfren sedia membantu..Pojie sedia memayungi sang raja…Terima kasih banyok2 boh…Terima kasih banyok che lah…Deme sume memang sempoi…Tersenyum kawang bile tgk gambor kawin..Besor sangat baju..Yerlah,main sarung terus mase nak kawin..xmain ukur2..amik kawwwww..nak sangat.Tp itulah kenangan..Memang best wooo…Kalau semuanya perfect, apa yang boleh dipotretkan sebagai kenangan..

 

 

 

Aku Terima Nikahnya……

Suami

25 Ogos 2007 telah tercatat dalam sejarah hidup kawang sebagai sang suami kepada seorang wanita dambaan jiwa, Cik Norasiah Harun..Ehh, silap..Puan Norasiah Harun..Dah kawin, title depan tu kena la tukar..Kalau orang laki xde masalah…Boleh pakai title ‘Encik’ sampai ke sudah…Kalau pompuan,kena la tukar..Bahaya..Kang ade yang nak ngurat.Mana boleh!.Kang marah sang suami…hehehehe..

Ibu

Ciuman mesra buat Ibu Mertua

Bukan main lagi menantu ngan mak mertua berpeluk cium..Macam ni lah adat…Lepas akad nikah, baca doa, pahtu bersalaman dgn waris warah sanaksedara yang ada kat situ…Berpeluh-peluh..Memang ramai la waris warah sanak saudara mase majlis akad nikah ni..Maklumlah, dua-dua dari keluarga yang besor..Terima kasih buat semua yang hadir memberi sokongan di samping memeriahkan majlis…By the way, kawang hanya sekali je akad nikah..so, rase macam level atas2 jugak la…xperlu ulang dua tiga kali…memang perasaan gemuruh tu ada..Tp Alhamdulillah, Allah permudahkan…

Diapit

Diapit bidadari-bidadari KTB…

Fuh, mencabar tu..diapit oleh bidadari-bidadari KTB..Jgn bimbang, tangan sang isteri tetap dipegang erat..hehe..Gambor yang paling best ni adalah gambor bersama sahabat sejati dan adik-adik KTB…Semua dah berjaya sekarang..Berjaya dalam keluarga dan kerjaya..Bangga btl kwg..isk, isk…terharu..Nanti boleh ketemu lagi..

 

 

NO 12

ru_01.1

KETEGASAN yang ditunjukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah amat dikagumi kerana ia merupakan masalah yang sudah berakar umbi dalam sektor pertanian negara.

  • va_01.1
  • su_08.1

Angkara mainan licik orang tengah, golongan petani ditindas dan terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tekad membanteras gejala tersebut bermula dengan subsektor padi dan beras pada Januari lalu. Ini diikuti subsektor perikanan pada Februari dan buah-buahan serta sayur-sayuran hujung bulan ini.

Ketokohan dan kebolehan Ismail Sabri sebenarnya sudah terserlah sejak dilantik menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada April 2009.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz328Cl28iY
Hakcipta terpelihara

NO 11

va_01.1

MALAYSIA ketika ini dianggarkan mempunyai kira-kira 13.7 juta golongan belia yang mampu membekalkan tenaga kerja yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara.

Sayangnya, kebolehan yang dimiliki golongan itu tidak digunakan sepenuhnya hingga menyaksikan kira-kira 10.9 peratus belia berada dalam paras kemiskinan.

Punca utama situasi itu berlaku disebabkan kekurangan pengetahuan, sumber, kewangan, rangkaian dan peluang yang masih membelenggu golongan berkenaan.

Bertitik-tolak daripada masalah itu, Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM)) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2014 yang bertujuan memperkasa ekonomi belia dan beliawanis terutama daripada kaum India.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, NAAM berhasrat melahirkan kira-kira 100,000 usahawan golongan belia, khususnya kaum India, terutamanya dalam sektor pertanian untuk tempoh empat tahun dari 2014 hingga 2017.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz328CU1hGz
Hakcipta terpelihara

NO 10

ne_05.1

 

MELAKA – Polis sedang memburu kumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang yang menggunakan taktik baharu melakukan jenayah iaitu menyamun, membogel mangsa-mangsa sebelum merakam gambar mereka ekoran menerima tiga kes di daerah Melaka Tengah Khamis lalu.

Taktik penjenayah yang merakam gambar bogel penghuni rumah yang dipecah masuk dipercayai bagi memeras ugut mangsa-mangsanya supaya tidak membuat laporan polis.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz328Bu4pAQ
Hakcipta terpelihara

NO 8

du_02.1

CANNES, Perancis – Aktres terkenal, America Ferrera terkejut selepas seorang lelaki masuk ke dalam kain yang dipakainya ketika menghadiri Festival Filem Cannes di sini pada Jumaat lalu.

Lelaki dari Ukraine tersebut, Vitalii Sediuk merangkak dan memasukkan kepalanya ke dalam kain Ferrera ketika wanita itu bersama beberapa artis lain bergambar pada acara karpet merah.

Beberapa pengawal keselamatan yang menyaksikan perkara itu bertindak menarik Sediuk tetapi lelaki berkenaan terus memegang kaki Ferrera menyebabkan aktres tersebut terkejut.

Ferrera, 30, yang mempromosikan filem terbarunya, How to Train Your Dragon 2 kelihatan tenang dan mampu tersenyum selepas kejadian itu.

Sediuk sebelum ini pernah dihukum penjara kerana suka membuat lawak dengan beberapa artis terkenal termasuklah Bradley Cooper, Leonardo DiCaprio dan Adele.

Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith apabila cuba mencium pelakon itu ketika tayangan perdana filem Men in Black III di Moscow, Rusia pada tahun 2012. – Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3286bHXBH
Hakcipta terpelihara

NO 5

su_06.1

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap kemenangan 3-2 ke atas Hull City pada aksi final Piala FA kelmarin dapat menjadi titik kebangkitan menjulang lebih banyak kejuaraan pada masa depan.

Kejayaan itu menyaksikan The Gunners akhirnya berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa menjulang trofi hasil kebangkitan dramatik setelah terlebih dahulu ketinggalan 0-2 pada awal permainan.

Beraksi di Stadium Wembley, Hull mendapat dua gol awal dalam tempoh lapan minit menerusi jaringan James Chester dan Curtis Davies pada minit keempat dan kesembilan.

Bagaimanapun, Arsenal bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol daripada sepakan percuma Santi Cazorla dan Laurent Koscielny pada minit ke-17 dan 79.

Perancang The Gunners, Aaron Ramsey muncul wira pasukan selepas meledak gol kemenangan

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3284isRyM
Hakcipta terpelihara