Category: BICARA KELUARGA

Buah Katak Puru,rezeki yg melimpah..

IMG-20140513-WA0009Siapa kenal nama pokok ini?Tentu ramai yang tidak mengenalinya.. Pokok ini dinamakan pokok katak puru oleh kebanyakan penduduk di negeri pantai timur. Pokok katak puru akan menghasilkan buah yang cukup lebat seperti yang dilihat pada batangnya. Buah katak puru sebenarnya  menyimpan 1001 khasiat terhadap penggemarnya.

Kepuasan terpancardari raut wajah Ayahanda ketika sedang memetik buah katak puru.

Kepuasan terpancar dari raut wajah Ayahanda ketika memetik buah katak puru.

 

Mak memetik buah untuk anak cucu tersayang.

Mak memetik buah untuk anak cucu tersayang.

Kepelbagaian khasiatnya membuatkan ayah dan mak tercinta menanam poko ini sebagai salah satu tanaman hiasan laman rumah.

Semoga Dirimu Sehebat Putri Rasulullah, Fatimah Az Zahra….

DSC06369

 

Fatimah Az-Zahra : Si kecil yang berjiwa besar..Buah hati pengarang jantung buat kami. Penghibur abah, ummi dan kakak aisyah…Riuh jadinya suasana rumah..Asyik nak kacau je..Nak bermanja. Tapi karenah dan keletahnya la yang buatkan semua orang merinduinya…Xsabar nak tunggu abis waktu keje..Nak bermanja dengan si comel ni..sekarang ni pun, dah mula minat nak baca buku…Bagus dik…

Suka baca buku ye dik!

Suka baca buku ye dik!

Mungkin sifat suke membaca tu diwarisi dari kami..alhamdulillah…jgn sampai koyakkan buku tu sudah dik. Apapun, didoakan semoga si kecil ini memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul dan hebat sebagaimana putri Rasulullah S.A.W, Fatimah Az-Zahra. Amiin.

NO 12

ru_01.1

KETEGASAN yang ditunjukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah amat dikagumi kerana ia merupakan masalah yang sudah berakar umbi dalam sektor pertanian negara.

  • va_01.1
  • su_08.1

Angkara mainan licik orang tengah, golongan petani ditindas dan terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tekad membanteras gejala tersebut bermula dengan subsektor padi dan beras pada Januari lalu. Ini diikuti subsektor perikanan pada Februari dan buah-buahan serta sayur-sayuran hujung bulan ini.

Ketokohan dan kebolehan Ismail Sabri sebenarnya sudah terserlah sejak dilantik menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada April 2009.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz328Cl28iY
Hakcipta terpelihara

NO 11

va_01.1

MALAYSIA ketika ini dianggarkan mempunyai kira-kira 13.7 juta golongan belia yang mampu membekalkan tenaga kerja yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara.

Sayangnya, kebolehan yang dimiliki golongan itu tidak digunakan sepenuhnya hingga menyaksikan kira-kira 10.9 peratus belia berada dalam paras kemiskinan.

Punca utama situasi itu berlaku disebabkan kekurangan pengetahuan, sumber, kewangan, rangkaian dan peluang yang masih membelenggu golongan berkenaan.

Bertitik-tolak daripada masalah itu, Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM)) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2014 yang bertujuan memperkasa ekonomi belia dan beliawanis terutama daripada kaum India.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, NAAM berhasrat melahirkan kira-kira 100,000 usahawan golongan belia, khususnya kaum India, terutamanya dalam sektor pertanian untuk tempoh empat tahun dari 2014 hingga 2017.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz328CU1hGz
Hakcipta terpelihara

NO 10

ne_05.1

 

MELAKA – Polis sedang memburu kumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang yang menggunakan taktik baharu melakukan jenayah iaitu menyamun, membogel mangsa-mangsa sebelum merakam gambar mereka ekoran menerima tiga kes di daerah Melaka Tengah Khamis lalu.

Taktik penjenayah yang merakam gambar bogel penghuni rumah yang dipecah masuk dipercayai bagi memeras ugut mangsa-mangsanya supaya tidak membuat laporan polis.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz328Bu4pAQ
Hakcipta terpelihara

NO 8

du_02.1

CANNES, Perancis – Aktres terkenal, America Ferrera terkejut selepas seorang lelaki masuk ke dalam kain yang dipakainya ketika menghadiri Festival Filem Cannes di sini pada Jumaat lalu.

Lelaki dari Ukraine tersebut, Vitalii Sediuk merangkak dan memasukkan kepalanya ke dalam kain Ferrera ketika wanita itu bersama beberapa artis lain bergambar pada acara karpet merah.

Beberapa pengawal keselamatan yang menyaksikan perkara itu bertindak menarik Sediuk tetapi lelaki berkenaan terus memegang kaki Ferrera menyebabkan aktres tersebut terkejut.

Ferrera, 30, yang mempromosikan filem terbarunya, How to Train Your Dragon 2 kelihatan tenang dan mampu tersenyum selepas kejadian itu.

Sediuk sebelum ini pernah dihukum penjara kerana suka membuat lawak dengan beberapa artis terkenal termasuklah Bradley Cooper, Leonardo DiCaprio dan Adele.

Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith apabila cuba mencium pelakon itu ketika tayangan perdana filem Men in Black III di Moscow, Rusia pada tahun 2012. – Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3286bHXBH
Hakcipta terpelihara

NO 3

ne_01.1

KUALA LANGAT – Seorang budak lelaki berusia setahun sembilan bulan yang ditemui tertonggeng di dalam sebuah daripada dua buah tong simpanan air di rumah keluarganya di Taman Pahlawan, Teluk Panglima Garang dekat sini kelmarin meninggal dunia semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 4 petang, ibu mangsa, Aminah Samion, 39, yang sedang memasak untuk makan malam buat keluarganya tiba-tiba menyedari kelibat anak bongsunya, Mohamad Syawal Firdaus tidak kelihatan di dalam rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3283UqWvb
Hakcipta terpelihara