Category: BICARA NOSTALGIA

Kek Penyatuan dua hati…

Kek

 

25 Ogos 2007 : Kek kawin bersimbolik ‘Penyatuan Dua Hati’ ..Cheewaaah.Very simple tapi memberikan makna yang cukup mendalam…tanda ikatan kasih sayang kitorang sbg suami isteri terpatri kukuh sebagaimana yang disimbolikkan menerusi kek yang serba hijauni..hehehe!

 

Raja Sehari...

Raja Sehari dah datang…

Raja Sehari sedang berarak menuju ke pelamin indah…diketuai oleh ayahanda tercinta dan diringi kaum keluarga sanak sedara..My besfren sedia membantu..Pojie sedia memayungi sang raja…Terima kasih banyok2 boh…Terima kasih banyok che lah…Deme sume memang sempoi…Tersenyum kawang bile tgk gambor kawin..Besor sangat baju..Yerlah,main sarung terus mase nak kawin..xmain ukur2..amik kawwwww..nak sangat.Tp itulah kenangan..Memang best wooo…Kalau semuanya perfect, apa yang boleh dipotretkan sebagai kenangan..

 

 

 

Aku Terima Nikahnya……

Suami

25 Ogos 2007 telah tercatat dalam sejarah hidup kawang sebagai sang suami kepada seorang wanita dambaan jiwa, Cik Norasiah Harun..Ehh, silap..Puan Norasiah Harun..Dah kawin, title depan tu kena la tukar..Kalau orang laki xde masalah…Boleh pakai title ‘Encik’ sampai ke sudah…Kalau pompuan,kena la tukar..Bahaya..Kang ade yang nak ngurat.Mana boleh!.Kang marah sang suami…hehehehe..

Ibu

Ciuman mesra buat Ibu Mertua

Bukan main lagi menantu ngan mak mertua berpeluk cium..Macam ni lah adat…Lepas akad nikah, baca doa, pahtu bersalaman dgn waris warah sanaksedara yang ada kat situ…Berpeluh-peluh..Memang ramai la waris warah sanak saudara mase majlis akad nikah ni..Maklumlah, dua-dua dari keluarga yang besor..Terima kasih buat semua yang hadir memberi sokongan di samping memeriahkan majlis…By the way, kawang hanya sekali je akad nikah..so, rase macam level atas2 jugak la…xperlu ulang dua tiga kali…memang perasaan gemuruh tu ada..Tp Alhamdulillah, Allah permudahkan…

Diapit

Diapit bidadari-bidadari KTB…

Fuh, mencabar tu..diapit oleh bidadari-bidadari KTB..Jgn bimbang, tangan sang isteri tetap dipegang erat..hehe..Gambor yang paling best ni adalah gambor bersama sahabat sejati dan adik-adik KTB…Semua dah berjaya sekarang..Berjaya dalam keluarga dan kerjaya..Bangga btl kwg..isk, isk…terharu..Nanti boleh ketemu lagi..

 

 

NO 4

su_05.1

NAMA skuad bola sepak Chile mungkin tidak segah jika dibandingkan dengan juara bertahan, Sepanyol, Belanda dan Australia dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia 2014 di Brazil pada Jun depan.

Bagaimanapun, pasukan yang berkongsi nama jolokan bersama Sepanyol iaitu La Roja, mengakui mereka sudah bersedia untuk mempamerkan watak sebenar Chile dalam kejohanan berprestij di dunia tersebut.

La Roja yang cukup terkenal dengan formasi 4-3-3 atau 3-4-3, kini terdesak untuk melakar satu pencapaian baharu dalam kempen Piala Dunia 2014.

Pencapaian paling membanggakan buat Chile dalam kejohanan itu adalah muncul sebagai pemenang ketiga Piala Dunia 1962 yang mana Chile muncul sebagai tuan rumah pertandingan tersebut.

Keyakinan La Roja semakin kuat membara kerana mereka yakin barisan pemain-pemain bintang antaranya seperti penyerang Barcelona, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas (Va lencia), Arturo Vidal (Juventus) dan penjaga gol Real Sociedad, Claudio Bravo dilihat mampu memberikan ke putusan yang positif di Brazil nanti.

Begitupun, Persatuan Bola Sepak Chile (FFC) turut me ngambil risiko untuk menyenaraikan Vidal dalam skuad Piala Dunia sebagaimana bintang Juventus itu ditimpa masalah kecederaan lutut.

Vidal yang ditimpa kecederaan itu ketika beraksi me nentang Benfica dalam separuh akhir Liga Europa, di kejarkan ke pakar perubatan di Barcelona, Sepanyol pada 7 Mei lalu.

Pegawai perubatan pasukan Chile, Dr. Ramon Cugat menyifatkan Vidal yang selamat menjalani pembedahan lutut kanan tersebut, memiliki peluang cerah untuk beraksi di pentas Piala Dunia sebagaimana dia menjalani proses pemulihan bersama Juventus.

Menurut jurulatih La Roja, Jorge Sampaoli, beliau yakin Vidal sempat sembuh untuk diturunkan pada aksi pertama Kumpulan B menentang Australia nanti.

“Saya tidak perlu panik dengan situasi Vidal. Saya percaya dia akan berusaha sedaya untuk mencari jalan dalam usaha mencapai tahap kecergasan sebenar.

“Kami bekerjasama sebagai satu pasukan. Bukan menerusi satu pemain.

“Namun, saya juga percaya jika Chile memiliki ramai pemain terkemuka dunia, kami juga mampu bersaing dengan mana-mana pasukan.

“Bukan saya terlalu yakin tetapi keyakinan adalah cukup penting dalam Chile. Ini kerana kami sedar Chile bukan pasukan pilihan dalam Kumpulan B untuk layak ke pusingan kalah mati.

“Ingin saya tegaskan bahawa kehadiran Chile bukan sekadar pelengkap jadual dalam aksi Piala Dunia 2014 kerana kami tidak akan sesekali memberikan laluan mudah kepada Sepanyol, Belanda mahupun Australia nanti,” katanya.

Dalam aksi pemanas badan, Chile berjaya mengejutkan England apabila mereka berjaya menundukkan anak-anak buah Roy Hodgson 2-0 di Stadium Wembley, 15 November lalu.

Malah, prestasi La Roja semakin meningkat apabila ber jaya mengikat Sepanyol 2-2 (10 September) sebelum tewas tipis kepada Brazil 1-2 dalam aksi persahabatan.

Merujuk persembahan semasa Chile, Sanchez percaya pasukannya turut memiliki kelebihan tersendiri dalam misi menjerat The Oranje dan La Roja (Sepanyol) yang muncul sebagai pasukan pilihan.

Sanchez yang meledak 22 gol sepanjang 65 penampilan bersama Chile, mengakui mereka sudah bersedia untuk bertemu dengan mana-mana pasukan.

“Bagi saya, tiada istilah ‘atas kertas’ dalam dunia bola sepak zaman kini. Semua pasukan boleh menewaskan ma na-mana pasukan.

“Cuma, siapa buat silap, mereka akan dihukum terlebih dahulu.

“Sepanjang pengalaman beraksi di Sepanyol, saya banyak mempelajari dalam usaha meningkatkan tahap persem bahan sendiri.

“Kini, saya berpeluang untuk membuktikan kemampuan saya bersama skuad kebangsaan tetapi saya sedar, ramai menjangkakan Chile ‘bungkus awal’ sebaik diundi bersama Sepanyol dan Belanda.

“Jika begitu, Chile semakin bersemangat untuk mem buktikan sesuatu kepada rakyat kami sendiri yang mana La Roja juga setanding dengan negara-negara gergasi Eropah yang lain,” katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3283yelDc
Hakcipta terpelihara